? ??????????????Dark Tree? ????? ?????? ???Rating: 4.2 (11 Ratings)??111 Grabs Today. 5892 Total Grabs. ??
????Get the Code?? ?? ?????Skin Deep? ????? ?????? ???Rating: 4.7 (3 Ratings)??98 Grabs Today. 3559 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????Live, Love, Laugh? ????? ?????? ???Rating: 4.5 (6 R CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

berzikirlah...

Wednesday, May 6, 2009

bila kau akan marah?



Bila Kau Akan Marah?

Wahai akhifillah, beritahu aku,
bilakah kau akan marah?

Jika milik kita yang suci dihina,
dan tempat kita dihancurkan,

dan kau tidak menjadi marah?

Jika sifat perwira kita dibunuh,
dan kehormatan kita diinjak-injak,

dan dunia kita berakhir,
dan kau tidak menjadi marah?

Jadi beritahu aku,
bilakah kau akan marah?

Jika sumber bumi kita dirampas,
dan institusi kita diruntuhkan,

dan masjid-masjid kita dihancurkan,
dan masjid al-Aqsa dan al-Quds kita
tetap dirampas,
dan kau tidak menjadi marah?

Jadi beritahu aku,
bilakah kau akan marah?

Musuhku, atau musuhmu,
menghina kehormatan,

darahku dijadikan mainan oleh dia,
dan kau jadi penonton permainan.

Jika untuk Allah, untuk suatu yang suci,
untuk Islam kau tidak marah,




Jadi beritahu aku,
bilakah kau akan marah?

Aku melihat kengerian,
Aku melihat darah mengalirr.

Wanita-wanita tua mengiringi
anak-anak menjemput maut mereka.

Aku telah melihat segala macam bentuk penindasan.
Dan kau tidak menjadi marah.

Jadi beritahu aku,
bilakah kau akan marah?

Dan kau duduk seperti boneka bisu,
perutmu memenuhi pejabat.

Kau habiskan malam banggakan angka-angka,
dengan wang, curahkan dirimu kepada berkas-berkasnya.

Aku melihat kematian diatas kepala-kepala kami.
Dan kau tidak menjadi marah.

Jadi terus terang saja padaku,
jangan malu-malu:

kamu ada di Ummat yang mana?

Jika kau juga derita, apa yang kami derita,
tidak menjadikan kamu ingin membalas,

maka tidak usah dikisahkan.

Karena kamu bukanlah kami, maupun sebahagian dari kami,
bahkan kamu bukan sebahagian dari dunia manusia.

Jadi hiduplah sebagai arnab,

dan matilah sebagai arnab.



Bismillahirrahmanirahim...
Dengki = Busuk hati = Jeles = seangkatan dengannya boleh menjadi penyakit hati yg sangat-sangat merbahaya..
Iman akan turun mendadak kalau penyakit dengki ni tak diubati dengan segera dan bertaubat pada ALLAH..
Dengan adanya dengki dalam hati jugak akan menyebabkan hati tidak dilimpahi hidayah dan rahmat ALLAH..
Rasulullullah sendiri pernah melarang sifat dengki dari berleluasa di hati kita..
Dimana beliau bersabda:-
"Awas kalian drpd sifat prasangka. Sesungguhnya prasangka itu adalah kata-kata yang paling dusta. Jangan saling olok-mengolok, intai-mengintai, atas-mengatasi, dengki-mendengki, benci-membenci dan jebak-menjebak. Jadilah kalian laksana hamba ALLAH yang bersaudara spt yg telah diperintahkan kpd kalian. Seorang muslim itu adalah saudara bagi seorang muslim yang lain. Janganlah ia menzalimi saudaranya,janganlah ia membiarkannya (apabila dizalimi) janganlah ia menghina saudaranya. Taqwa itu (letaknya di sini). Taqwa itu (letaknya di sini), seraya baginda menunjuk ke dadanya. Cukuplah bagi seorang Muslim itu kejahatan(dosa) menghina saudaranya yang mu'min, haram bagi sesorang Muslim itu (menceroboh) darah (nyawa), nama baik dan harta sesorang Muslim yang lain."
Hadith riwayat Malik,Al-Bukhari,Muslim,Abu Daud dan Al-Tirmidzi
Orang yg dengki ni sanggup berbuat apa saja..
tak percaya? walaupun dah beribu atau berjuta tahun,kisah dengki ni memang tak habis2 kalau tidak dibendung..
ingat lagi tak kisah Habil dan Qabil?
Di mana Qabil ni sangat dengki dengan Habil sehingga sanggup membunuh saudara kandungnya Habil sebab dengki dengan Habil yang jujur. Qabil tidak jujur semasa mempersembahkan korban pada ALLAH. Pembunuhan manusia yang pertama di dunia adalah pembunuhan Habil.
Itu boleh menjadi satu kisah pengajaran pada kita semua..
Oleh itu, jauhilah diri anda dari sifat dengki..
kalau terasa dengki tu,istigfar banyak-banyak..
Astagfirullahalazim.

Wallahualam.
Bila Kau Akan Marah?

pemurah hatikah kita?



KEPADA MEREKA YANG BERMURAH HATI.

DIKISAHKAN al- Madani bahawa suatu hari Hasan dan Husain dan Abdullah bin Jaafar pergi haji. Dalam perjalanan mereka, bekalan mereka hilang dan kerananya mereka merasa lapar dan haus. Maka mereka mendapati khemah seorang wanita tua dan menemuinya, seraya mereka bertanya : “Ada minumankah?”

Wanita tua itu menjawab : “Ada!” dan diberikan kepada mereka minuman.

Wanita tua itu hanya mempunyai seekor kambing kecil di sudut khemahnya. Lalu dia mengatakan : “Perahlah kambing itu dan minumlah air susunya!”

Mereka lalu memerah kambing itu dan meminum susunya, lalu bertanya : “Ada makanankah?”

Wanita tua itu menjawab : “Tidak ada, selain kambing ini. Baiklah kalian sembelih sahaja kambing ini dan aku siapkan makanan untuk kalian.”

Berdirilah mereka dan menyembelih kambing itu serta melapahnya, sementara wanita tua itu menyiapkan makanan. Sesudah siap mereka lalu makan sehingga kenyang dan tinggal di situ hingga waktu dingin pagi hari datang. Ketika hendak berangkat melanjutkan perjalanan, mereka berkata : “Kami adalah rombongan daripada orang-orang Quraisy, yang bermaksud menuju Baitullah. Maka apabila kami sudah kembali nanti dengan selamat, maka singgahlah pada kami, kami akan berbuat baik kepada engkau.” Maka berangkatlah mereka ke Baitullah.

Sementara itu suami wanita tua itu datang ke rumah dan wanita tua itu menceritakan kepadanya tentang orang-orang tersebut dan kambing yang telah disembelihnya. Suaminya marah seraya berkata : “Celakalah engkau sembelih kambingku untuk orang-orang yang tidak kau kenali, yang kononnya suatu rombongan daripada orang Quraisy!.”

Setelah beberapa waktu lamanya suami isteri itu ada keperluan untuk datang ke kota Madinah. Keduanya masuk ke kota Madinah dengan membawa seekor unta untuk dijualnya untuk perbelanjaan hidup mereka berdua. Ketika wanita itu lalu di sebahagian kota Madinah, tiba-tiba Hasan bin Ali sedang duduk di depan pintu rumahnya. Dia mengenali wanita tua itu, tetapi wanita tua itu sudah tidak mengenali lagi Hasan.

Hasan mengutus pembantunya untuk memanggil wanita tua itu untuk datang kepadanya sehingga dia bertanya : “Hai hamba Allah, apakah engkau tidak kenal lagi dengan aku?”

Wanita tua itu menjawab : “Tidak!”

Hasan berkata : “Aku adalah tetamu engkau pada hari itu.”

Wanita itu menjawab : “Demi ayah dan ibuku! Engkaukah tetamuku pada masa itu?”

Hasan menjawab : “Ya”

Kemudian Hasan menyuruh pembantunya untuk membeli kambing sebanyak seribu ekor untuk diberikan kepada wanita itu dan memberinya lagi wang seribu dinar. Selepas memberikan kedua-dua benda itu Hasan meminta wanita itu untuk pergi menemui Husain. Husain bertanya kepada wanita itu : “Berapakah saudaraku memberimu?”

Wanita itu menjawab : “Seribu ekor kambing dan wang seribu dinar.”

Hussain kemudian memerintahkan kepada pembantunya untuk memberinya sebanyak itu. Dia lalu meminta wanita itu datang kepada Abdullah bin Jaafar. Sampai di rumahnya Abdullah bin Jaafar bertanya : “Berapakah Hasan dan Husain memberimu?”

Wanita itu menjawab : “Dua ribu ekor kambing dan wang dua ribu dinar.”

Maka Abdullah bin Jaafar memberinya dua ribu ekor kambing dan wang dua ribu dinar. Wanita tua itu lalu menjumpai suaminya di tempat lain di kota itu dengan empat ribu ekor kambing dan wang empat ribu dinar.

Begitulah wanita tua itu tidak sahaja bermurah hati menafkahkan hak miliknya kepada orang lain tetapi mendahulukan keperluan orang lain daripada keperluan dirinya. Itulah setinggi-tinggi sedekah yang disebut dengan al-Iithar. Pahalanya belum lagi dibalas Allah di akhirat telah dibalas Allah dengan rezeki di dunia.

dunia ini


Bankrap Pahala Kerana Dosa
Suatu hari dalam sebuah majlis Rasulullah s.a.w. bertanya kepada para sahabat baginda, "Tahukah kalian siapakah orang yang dinamakan bankrap itu?"
Para sahabat yang hidup di tengah masyarakat pedagang itu menjawab, "Orang yang bankrap itu menurut fahaman kami adalah orang yang kehilangan harta dan seluruh hak miliknya."
"Bukan" jawab Nabi, "Orang yang bankrap itu adalah orang yang datang pada hari kiamat dengan membawa pahala daripada puasanya, pahala zakatnya dan hajinya, namun ketika pahala-pahala itu ditimbang datanglah orang-orang mengadu, 'Ya Allah, dahulu orang ini pernah mendakwa aku berbuat sesuatu padahal aku tidak pernah melakukannya.' Kemudian Allah menyuruh orang yang pernah mendakwa secara palsu itu untuk membayar orang yang didakwa itu dengan sebahagian pahalanya. Kemudian datang orang lain lagi yang mengadu, 'Ya Allah, hakku pernah diambil orang ini dengan cara yang batil.' Allah lalu menyuruh orang itu untuk membayar dengan pahala amal solehnya kepada orang yang mengadu itu; sehingga akhirnya seluruh pahala solat, puasa, zakat dan hajinya itu habis dipakai untuk membayar orang-orang yang pernah dirampas haknya, dizaliminya, dan dituduh dengan alasan palsu. Ketika semua pahala ibadahnya telah habis, masih datang orang untuk mengadu meminta tanggungjawabnya di hadapan Allah. Maka Allah memutuskan agar kejahatan orang yang mengadu itu dipindahkan kepada orang ini.
Mengakhiri penjelasan itu, Rasulullah bersabda : "Itulah orang yang bankrap pada hari kiamat nanti, iaitu orang yang rajin beribadah tetapi tidak memiliki akhlak yang baik, merampas hak orang lain dan menyakiti hati mereka.