? ??????????????Dark Tree? ????? ?????? ???Rating: 4.2 (11 Ratings)??111 Grabs Today. 5892 Total Grabs. ??
????Get the Code?? ?? ?????Skin Deep? ????? ?????? ???Rating: 4.7 (3 Ratings)??98 Grabs Today. 3559 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????Live, Love, Laugh? ????? ?????? ???Rating: 4.5 (6 R CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

berzikirlah...

Sunday, August 16, 2009

Kenapa anda mesti berputus asa:



· Jangan berputus asa atas kesusahan. Kerana kesusahan itu tidak akan menghinggapi anda selamanya selagi anda berdaya untuk berubah dan bertindak.
· Kepayahan dan kesulitan juga tidak berpanjangan atau berterusan. Ia akan berakhir.
· Pemergian orang yang disayangi adalah lumrah alam. Jangan dikesali. Yang pergi tetap pergi. Kita yang hidup harus meneruskan kehidupan.
· Penyakit bertandang di tubuh badan kita. Jangan dikesali kerana itu tanda Tuhan sayang dengan kita supaya kita berubat. Tuhan belum mencabut nyawa kita.

Jangan layan perasaan mahu berputus asa sebaliknya:
· Bekerja dengan lebih gigih untuk melupakan perasaan berputus asa.
· Fahamilah bahawa kegagalan juga perkara lumrah yang sering bertandang. Berapa ramai orang yang berjaya dalam dunia ini adalah asalnya di kalangan orang yang pernah gagal!
· Jangan putus harapan kepada Tuhan. Tuhan tidak pernah menganiaya makhluknya. Mungkin kita yang tersilap langkah. Sang ulat mungkin tersilap langkah kerana hidup di atas batu. Itu pun Tuahn beri rezeki. Inikan pula kita yang hidup di bumi yang bertuah dan makmur! Kenapa mesti putus asa?
· Carilah tenaga dalaman yang kuat untuk bangun selepas kecewa.

Bagaimana mengelakkan dari berputus asa?
· Ramai berkawan dengan orang yang baik-baik.
· Berguru dengan guru yang mursyid dan alim. Selalu berdamping dengan mereka. Jika jauh telefon atau SMS mereka.
· SMS dan berhubung dengan kawan-kawan apabila berasa tertekan.
· Mengadu kepada kaunselor (jika ada).
· Minta pandangan orang lain apabila anda buntu terhadap sesuatu perkara.
· Biasakan menegur jiran setiap hari atau setiap kali bertemu. Jenguk-jenguk apabila keluar rumah. Jangan menonong sahaja keluar dan masuk rumah.
· Elak berseorangan. Jemaah itu berkat. Kalau anda nak keluar makan tengahari atau makan malam ajak seseorang bersama. Jangan fikirkan siapa yang nak bayar.
· Jangan menangis tetapi menjerit dengan kuat sambil menggenggam tangan. Luahkan apa yang terpendam di hati anda. Jeritlah, "Aku akan bangun!"
· Kekalkan solat di awal waktu. Berdoalah selepas solat - berdialoglah dengan Tuhan.
· Adakah aktiviti luar atau out door pada hari Ahad atau cuti. Mulakan dengan joging selepas subuh.

0 comments: