Sunday, June 30, 2013
Posted by cikgu asmah maahad at 5:32 PM 0 comments
Posted by cikgu asmah maahad at 5:25 PM 0 comments
Wednesday, June 26, 2013
AKU KEJARI MASA..SEDANGKAN MASA TAK PERNAH MENOLEH..HRMMM
YA ALLAH, cepatnya masa berlalu sampai aku lupa yg aku ader blog. dh bersawang dah blog ni. tetiba bila observe presentation pelajar utk band 6 baru aku teringat yg aku ader blog.ish ish ish MASA membuat kita lupa banyak perkara.
YA ALLAH jgn kau biarkan aku lupa mengingati MU
Masa sgt laju meninggalkan aku dengan tugasan sbg guru dan ibu. Sedar tak sedar anak aku dh 4 dah...ish ish ish...
rasa byk gambo yg aku nk upload...hehehe takyah anto cuci rasa nk tgk bukak je blog ni.jimmmaaaattt....
Posted by cikgu asmah maahad at 10:09 PM 0 comments
Sunday, December 4, 2011
garapan 2011
hai pejam celik pejam celik dah nak abis tahun 2011 dan nak dekat setahun aku tak menulis dalam blog ni...almaklumlah busy dgn anak kecik...hehehe
2011 penuh dengan memori yg akan terus tepahat disanubari...
jan2011 - cam biasa aku memulakan tugas sebagai guru dan kali ini lebih mencabar kerana aku mengajar tiga kelas tingkatan 3..harap2 mereka berjaya dalam pmr..amin
feb2011 - target nak mengandung tapi tak lekat lagilah takpe usaha tangga kejayaan akan kuusahakan hingga jaya "chaiyok"
mac 2011 - alhamdulillah akhirnya aku berjaya juga, doaku moga dapat anak lelaki penyambung zuriat, akan ku didik dia menjadi ulama yg tersohor amin..
apr 2011 - meniti hari2 cam biasa, perut tak beso lagi so masih boleh aktif kesana sini, tahun ni kena jadik ketua ubaid lah pulak..aduih
mei 2011 - macam biasa gak tiada yg special pun
jun 2011 -
july 2011 -
ogos 2011 - selamat berpuasa dan selamat hari raya dan selamat hari merdeka
sept 2011 - dah semakin sarat dan tak larat , due lama lagi 22/10 tapi perut aku macam dah nak due je rasanya
okt 2011 - seperti sebelum ini, aku bersalin 3 minggu lebih awal 1/10/11 ahmad anas saufi lahir ke dunia, alhamdulillah terima kasih ya ALLAH
nov 2011 - tarrikh lahir yang unik tahun ni 11/11/11 bertuahnya
dis 2011 -
Posted by cikgu asmah maahad at 7:08 PM 0 comments
Monday, August 2, 2010
Ahlan wasahlan ya Ramadhan
Assalamualaikum, lama juga tak berbicara di laman ni..busy sesangat rasanya.Sebenarnya sejak ada FB ni tu yg lama tak buka blog.
Pejam celik dah 22 syaaban, next week dah masuk Ramadhan. Apa persediaan kita menyambutnya ye? persediaan mental, fizikal semuanya perlu. dan kena beringat juga jgn membazir sgt, almaklumlah bila masuk bulan puasa je nak makan nilah, nak makan tulah, semua rasa sedap kan kan...
banyak perkara yg perlu aku selesaikan dalam tempoh sebulan ni, first pasal rumah baru tu ntah sempat siap ntah tidak, cdgnya nak pindah sebelum raya dapat aku beraya kt rumah baru, Insyallah kalo sempat siap..pulusnya pun nak kena get ready gak ...hai duit-duit macam air...
second bilik SPBT pun nak kena urus jugak maklumlah dapat bilik baru agak luas juga, nak kena carik tikar getah, rak ...wah banyaknya keje,
lastly pasal kerepek ntah dapat meniaga atau tak, rasa tak sempat sgt...
tiba-tiba aku teringat INGAT 5 PERKARA SEBELUM DATANG 5 PERKARA, yang paling utama ingat masa senang mu sebelum datang masa susahmu, ingat masa lapangmu sebelum datang masa sibuk....
apapun aku bersyukur padaMU ya ALLAH atas rasa senang ini, sedikit sebanyak perkara yang berlaku membuat aku muhasabah 'selagi kita mengingatiNya selagi itu Dia takkan lupa pada kita`
ALHAMDULILLAH...ALHAMDULILLAH...ALHAMDULILLAH...
Posted by cikgu asmah maahad at 7:48 PM 0 comments
Friday, May 21, 2010
SELAMAT HARI GURU
Posted by cikgu asmah maahad at 7:16 AM 0 comments
Friday, May 7, 2010
SELAMAT HARI IBU
Buat mak yang aku sayangi,
setitis airmata mu gugur saat melahirkan ku
setitis peluh mu tumpah membasahi pipi
takkan mampu ku balas dengan apa jua
kerana keikhlasanmu mendidik dan mengajar
agar aku menjadi insan yang berguna
terima kasih mak,
pengorbananmu tak bisa aku gambarkan
terima kasih kerana menjadi ibuku dunia dan akhirat
terima kasih mak
terima kasih
Posted by cikgu asmah maahad at 7:17 PM 0 comments
Thursday, April 29, 2010
selamat hari pekerja
1 mei sinonim dengan hari pekerja tp bagi aku sma je tetap kena keje, tak abis keje skolah keje umah plak. penatttt!!!
apa-apapun be rasional, think +ve.setiap apa yang kita lakukan hendaklah dengan ikhlas, jgn merungut dan jgn ambil mudah. jadilah diri anda sendiri.lakukan yang terbaik.insyallah ada sahamnya di akhirat kelak.
buat suma diucapkan ikhlaslah dalam pekerjaan.
bye
Posted by cikgu asmah maahad at 11:41 PM 0 comments
Sunday, April 4, 2010
maafkan aku..
ehh...ehh lamanya tak berblog
ni suma menunjukkan betapa busynya jadik cikgu ni
well, apa nak tulis ek?
sejak ada facebook tu yg lupa kejap kat blog..
selama tak menulis ni byk perkara dah berlaku dan yang paling menyentap ialah pemergian din beramboi..sumanya dah tertulis.ALLAH lebih menyayanginya..sampai saje hukum Tuhan tidak akan tertangguh walau sesaat pun
suma ni benar-benar membuat aku terfikir
pada semua aku mintak maaf andai selama ini aku ada mnyakiti sesape, mengata atau apa saje yg mengguris
saat org yang pergi telah tiba saat aku entah bile
maafkan aku
maafkan aku
maafkan aku
Posted by cikgu asmah maahad at 8:49 PM 0 comments
Thursday, February 4, 2010
larian merentas desa
Posted by cikgu asmah maahad at 10:17 PM 0 comments
Sunday, January 17, 2010
SELAMAT TAHUN BARU
Assalamualaikum, rasanya masih sempat lagi nak wish happy new year.
Well, masuk tahun baru ni melambak-lambak kerja. dan yang paling sibuk cikgu spbt lerrr. banyak keje OOOOOOO
ok. sampai sini aje. gambar PMR tak bawak nantilah download.
bye selamat maju jaya
Posted by cikgu asmah maahad at 11:58 PM 0 comments
Tuesday, December 15, 2009
CUTI-CUTI MALAYSIA
Haaa. walau macamana sibuk pun aku jaga spm masih sempat lagi bercuti ngan family. seronok memang seronok. ni semua gambar yang dapat aku titipkan untuk tatapan kalian. syok habissss!!!
Main boling! dah tentu juara nya akuuuu!!hehehe
Posted by cikgu asmah maahad at 4:14 PM 0 comments
Monday, November 23, 2009
tahun ni takda cutiiiii
tahun ni takda cuti sekolah.
hai dah nasib badan, aku jugak yg nak terima jaga periksa spm.kan dah nak menyesal dah tak guna.tapi ok gak, boleh lah menambah pendapatan yang menyusut ni.
redha tetap redha.
jaga kat smk tengku mahkota sampai 16 dis boleh kira lama tu 17 hari.
Posted by cikgu asmah maahad at 4:53 AM 0 comments
Tuesday, November 10, 2009
SELAMAT HARI LAHIR
Selamat hari lahir, aku tujukan buat diriku. dah berusia dan masa telah membuat aku semakin dewasa.
terima kasih mak abah kerna tanpamu aku tak bisa menjengah dunia,
terima kasih suamiku tanpamu aku tak bisa mengecap bahagia,
terima kasih anak-anakku tanpa kalian umi rasa sia-sia,
terima kasih sahabat-sahabatku tanpa kamu apalah yang aku ada,
terima kasih anak didikku tanpamu cikgu bukan siapa-siapa
terima kasih yang menghinaku tanpa hinaan itu aku mungkin alpa,
terima kasih pada semua.
hari ini merupakan hari yang cukup bermakna buat ku sebagai anak, sebagai isteri, sebagai umi dan sebagai sahabat yang mengerti.
semakin meningkat usia semakin banyak yang aku pelajari dalam meniti hari-hari,yang manis mahupun yang pahit aku tegah hadapi
bila tiba saatnya nanti aku akan pergi bersama jutaan memori yang akan terus terpahat di sanubari.
Posted by cikgu asmah maahad at 8:52 PM 0 comments
Khas buat saudaraku
Saudaraku
maafkan aku andainya aku tersilap dalam berbicara
bukan niatku menyakiti sedang hati sendiri rasa terluka
Saudaraku
maafkan aku andainya aku tersilap masa
tanpa aku sedari aku menyakitimu
Saudaraku
maafkan aku andainya aku tersilap langkah
tanpa aku sedari hatimu gundah
Saudaraku
maafkan aku andai nukilan ini buatmu resah
aku juga insan biasa tak pernah betah dangan rasa bersalah
sedang hati ini masih rasa gelisah
namun kata-katamu buatku pasrah
saudaraku
aku sedar siapa diri ini
aku redha apa jua yang terpatri
jutaan maaf tidak terperi
dengan rasa rendah diri
aku pinta kemaafan sekali lagi
maga bicara ini bisa mengubat luka dihati
Posted by cikgu asmah maahad at 8:15 PM 0 comments
Sunday, November 1, 2009
BERCUTI MAMPU MENENANGKAN FIKIRAN...
I love U abang.
Posted by cikgu asmah maahad at 6:14 PM 0 comments
HARI GRADUASI KALI KEDUA
Posted by cikgu asmah maahad at 5:10 PM 0 comments