? ??????????????Dark Tree? ????? ?????? ???Rating: 4.2 (11 Ratings)??111 Grabs Today. 5892 Total Grabs. ??
????Get the Code?? ?? ?????Skin Deep? ????? ?????? ???Rating: 4.7 (3 Ratings)??98 Grabs Today. 3559 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????Live, Love, Laugh? ????? ?????? ???Rating: 4.5 (6 R CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

berzikirlah...

Sunday, August 23, 2009

posa jangan tak posa

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL MUBARAK.....
SEMOGA PUASA KITA ALLAH TERIMA
...AMIN...

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan "
"Ya Allah tolong abaikan puasa umat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada)
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-aminkan adalah
Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.

Saya terlebih dahulu ingin memohon ampun dan maaf jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja mahupun yang di sengajakan....
Semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T,.......
Insyaallah.

SELAMAT MENJALANKAN IBADAH PUASA ..1430h

Thursday, August 20, 2009

makan puas-puas, esok dah posa





Aksi kebuluran cikgu maahad, masa ni potluck kat bilik guru, suma makan aje sampai tak ingat kelas, maklumlah hari last sekolah esok dah start cuti seminggu.

Buat semua Selamat menyambut Ramadan al-Mubarak.
Ahlan wasahlan ya ramadhan..

Semoga anak muridku berjaya...amin

Ni cikgu Azlee, kak hasnah ngan Ustzh Salmah. bersama-sama pelajar mengemas. Gambo cikgu asmah takde sbb dia sibuk ambil gambo org hehehe, seronok gak amik gambo candid ni







Bersama-sama pelajar mengemas dewan untuk trial PMR, yang overacting tu cikgu Juhana. hehehe




Solat hajat kat surau. Semoaga pelajar SMKA Maahad muar berjaya dalam peperiksaan SPM dan PMR. Amin









10 Sebab Mengapa Anda Tidak Cemerlang

1. Anda belum berbuat pada tahap optimum.
2. Anda tidak fokus. Aktiviti anda merentasi pelbagai skop dan bidang tapi tidak ada satu pun yang cemerlang.
3. Anda tak mahu minta bantuan orang lain. Anda terlalu malu untuk itu. Anda hanya bergantung kepada kudrat anda sendiri.
4. Anda kalah dengan nafsu anda sendiri. Ingatlah bahwa nafsu itu sentiasa mengajak manusia kepada kejahatan dan nilai negatif.
5. Anda tidak mengilap bakat anda dalam berkomunikasi. Akibatnya anda lemah dalam berkomunikasi. Sedangkan dunia sekarang ialah dunia komunikasi.
6. Anda tidak rajin bermonolog dengan minda anda sendiri. Anda tidak berusaha untuk bermuhasabah diri sebelum tidur malam.
7. Anda terlalu merendah diri. Anda merasakan orang lain besar-besar dan kaya-kaya belaka. Anda sering merasakan diri anda "born loser" - dilahirkan untuk kalah.
8. Anda kurang pergantungan dengan Allah SWT. Anda terlalu bergantung dengan usaha anda sendiri. Anda terlau bergantung kepada duit dalam poket anda.
9. Anda tidak mengasak otak anda ke tahap optimum untuk menghasilkan idea dan strategi baru.
10. Anda banyak rehat, bermalas-malas, merengankan fikiran dan tidur.

Sunday, August 16, 2009

Kenapa anda mesti berputus asa:



· Jangan berputus asa atas kesusahan. Kerana kesusahan itu tidak akan menghinggapi anda selamanya selagi anda berdaya untuk berubah dan bertindak.
· Kepayahan dan kesulitan juga tidak berpanjangan atau berterusan. Ia akan berakhir.
· Pemergian orang yang disayangi adalah lumrah alam. Jangan dikesali. Yang pergi tetap pergi. Kita yang hidup harus meneruskan kehidupan.
· Penyakit bertandang di tubuh badan kita. Jangan dikesali kerana itu tanda Tuhan sayang dengan kita supaya kita berubat. Tuhan belum mencabut nyawa kita.

Jangan layan perasaan mahu berputus asa sebaliknya:
· Bekerja dengan lebih gigih untuk melupakan perasaan berputus asa.
· Fahamilah bahawa kegagalan juga perkara lumrah yang sering bertandang. Berapa ramai orang yang berjaya dalam dunia ini adalah asalnya di kalangan orang yang pernah gagal!
· Jangan putus harapan kepada Tuhan. Tuhan tidak pernah menganiaya makhluknya. Mungkin kita yang tersilap langkah. Sang ulat mungkin tersilap langkah kerana hidup di atas batu. Itu pun Tuahn beri rezeki. Inikan pula kita yang hidup di bumi yang bertuah dan makmur! Kenapa mesti putus asa?
· Carilah tenaga dalaman yang kuat untuk bangun selepas kecewa.

Bagaimana mengelakkan dari berputus asa?
· Ramai berkawan dengan orang yang baik-baik.
· Berguru dengan guru yang mursyid dan alim. Selalu berdamping dengan mereka. Jika jauh telefon atau SMS mereka.
· SMS dan berhubung dengan kawan-kawan apabila berasa tertekan.
· Mengadu kepada kaunselor (jika ada).
· Minta pandangan orang lain apabila anda buntu terhadap sesuatu perkara.
· Biasakan menegur jiran setiap hari atau setiap kali bertemu. Jenguk-jenguk apabila keluar rumah. Jangan menonong sahaja keluar dan masuk rumah.
· Elak berseorangan. Jemaah itu berkat. Kalau anda nak keluar makan tengahari atau makan malam ajak seseorang bersama. Jangan fikirkan siapa yang nak bayar.
· Jangan menangis tetapi menjerit dengan kuat sambil menggenggam tangan. Luahkan apa yang terpendam di hati anda. Jeritlah, "Aku akan bangun!"
· Kekalkan solat di awal waktu. Berdoalah selepas solat - berdialoglah dengan Tuhan.
· Adakah aktiviti luar atau out door pada hari Ahad atau cuti. Mulakan dengan joging selepas subuh.

family day darul ansar

Ni gambo yang sempat aku post masa kat blue lagoon.














Wednesday, August 5, 2009

SOYANARAAA!!

Hati tertanya kenapa mesti pergi sedangkan disini ada teman yang mengerti,
kenapa mesti pergi sedangkan anak-anak disini masih menanti ilmu mu ,
kenapa mesti pergi sedangkan disini namamu masih terabadi,
setelah kau pergi
baru ku tahu kenapa kau harus pergi meskipun tiada kerelaan dihati






SELAMAT TINGGAL KAK IDA,
WALAU DIMANA KAU BERADA JGN LUPA KAT KAMI SEMUA.

Monday, August 3, 2009

ganu kiteeeee







Ni pulak gambo yang sempat aku amik masa gi kursus konsultasi.

seronok abis, dah lama rasanye tak mandi laut

Sunday, August 2, 2009

perfect score physics




Ni gambar panatia fizik buat perfect score kat Dewan Tun Ninam Syah kat asrama nak yatim. yang bagi talk sorang je GC kak liya tapi yang duorang tu urusetia menyibuk hehe, aku ngan fara ler tu

SELAMAT HARI GURU


yang terduduk tu cikgu Norsham, hehehe sibuk menghafal lagu hari guru last-last tak dinyanyikan pun. hampeh








SELAMAT HARI GURU.




Bangganya dapat jadik cikgu, berkhidmat pada anak bangsa

jalan-jalan kat ledang pulak











balik dari melaka gi tangkak lak, si aalia tu penakut air rupanyee,, macam ummi dia

jalan-jalan kat zoo melaka






















ni kenangan kat zoo melaka. sebenonye dah lama tak gi zoo rasanya nak dekat 10 tahun tak gi. hehe






so bawaklah si aalia, diapun penakut gak. like mother like daughter .hehe