? ??????????????Dark Tree? ????? ?????? ???Rating: 4.2 (11 Ratings)??111 Grabs Today. 5892 Total Grabs. ??
????Get the Code?? ?? ?????Skin Deep? ????? ?????? ???Rating: 4.7 (3 Ratings)??98 Grabs Today. 3559 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ???????Live, Love, Laugh? ????? ?????? ???Rating: 4.5 (6 R CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS ?

berzikirlah...

Tuesday, December 15, 2009

CUTI-CUTI MALAYSIA

Haaa. walau macamana sibuk pun aku jaga spm masih sempat lagi bercuti ngan family. seronok memang seronok. ni semua gambar yang dapat aku titipkan untuk tatapan kalian. syok habissss!!!


Main boling! dah tentu juara nya akuuuu!!hehehe

Gi sunway lagoon. seronok habis!maklumlah tak pernah pergi tu yang rasa teruja sangat tu..
















Monday, November 23, 2009

tahun ni takda cutiiiii

tahun ni takda cuti sekolah.
hai dah nasib badan, aku jugak yg nak terima jaga periksa spm.kan dah nak menyesal dah tak guna.tapi ok gak, boleh lah menambah pendapatan yang menyusut ni.
redha tetap redha.
jaga kat smk tengku mahkota sampai 16 dis boleh kira lama tu 17 hari.

oklahhhhh..

Tuesday, November 10, 2009

SELAMAT HARI LAHIR

Selamat hari lahir, aku tujukan buat diriku. dah berusia dan masa telah membuat aku semakin dewasa.
terima kasih mak abah kerna tanpamu aku tak bisa menjengah dunia,
terima kasih suamiku tanpamu aku tak bisa mengecap bahagia,
terima kasih anak-anakku tanpa kalian umi rasa sia-sia,
terima kasih sahabat-sahabatku tanpa kamu apalah yang aku ada,
terima kasih anak didikku tanpamu cikgu bukan siapa-siapa
terima kasih yang menghinaku tanpa hinaan itu aku mungkin alpa,
terima kasih pada semua.
hari ini merupakan hari yang cukup bermakna buat ku sebagai anak, sebagai isteri, sebagai umi dan sebagai sahabat yang mengerti.
semakin meningkat usia semakin banyak yang aku pelajari dalam meniti hari-hari,yang manis mahupun yang pahit aku tegah hadapi
bila tiba saatnya nanti aku akan pergi bersama jutaan memori yang akan terus terpahat di sanubari.

Khas buat saudaraku

Saudaraku
maafkan aku andainya aku tersilap dalam berbicara
bukan niatku menyakiti sedang hati sendiri rasa terluka

Saudaraku
maafkan aku andainya aku tersilap masa
tanpa aku sedari aku menyakitimu

Saudaraku
maafkan aku andainya aku tersilap langkah
tanpa aku sedari hatimu gundah

Saudaraku
maafkan aku andai nukilan ini buatmu resah
aku juga insan biasa tak pernah betah dangan rasa bersalah
sedang hati ini masih rasa gelisah
namun kata-katamu buatku pasrah

saudaraku
aku sedar siapa diri ini
aku redha apa jua yang terpatri
jutaan maaf tidak terperi
dengan rasa rendah diri
aku pinta kemaafan sekali lagi
maga bicara ini bisa mengubat luka dihati

Sunday, November 1, 2009

BERCUTI MAMPU MENENANGKAN FIKIRAN...

Semalam g tanjung muar, aku nak sangat naik feri. rasanya dah lama tak naik. last naik masa dating dulu. ni mak mengimbau kenangan zaman bercinta hehehe romantisnya.


Sekarang dah beranak dua ni kena ler bawak si kecik dua orang tu. best jugak. sambil2 menenangkan fikiran dapat juga aku menghiburkan family. tiada yang lebih membahagiakan aku selain family ku bahagia.


Umi sayang anak2 umi aalia dan aisyah








I love U abang.










HARI GRADUASI KALI KEDUA



hi, dah lama rasanya tak menulis kat dalam blog ni. busy kot sibuk betul minggu ni dengan menanda lagi dengan final lagi pastu ada 2 majlis besar. graduasi dan hari Q ujung minggu ni. ni gambar-gambar kenangan untuk tatapan pengunjung. meriah sekali majlis graduasi ni mana taknya timbalan menteri pelajaran yang rasmi, gah betul tapi yang tak bestnya kat sekolah orang kalo kt sekolah sendiri bangga skit. next year lah dewan baru.

Ha yang baju sama tu semua orang UPP. amacam baju grand tak tapi tak dpt nak kumpul semua. ramai dah balik masa ni. makeup aku pun dah cair. jangan memain ni import makeup artis tau.hehehe sesekali nak berangan apa salahnya.takpe next time pagi2 bergambo dulu baru cun. hehehe!












Ni masa pendaftaran, aku tolong si fara , kejap2 gi bahagian sambutan lak.


Ni masa raptai sampai ptg penat OOOO




















Monday, October 5, 2009

UTM BRIDGE 2009

Sekarang ni tengah berlangsung pertandingan utm bridge 2009 kat UTM skudai. memang best!!penyertaan kali ni memang banyak mengajar aku dalam banyak perkara.thanx to all, meskipun banyak dugaan sepanjang proses pertandingan tapi aku benar-benar menghargainya






.



Sunday, September 27, 2009

SELAMAT HARI RAYA







Selamat Hari Raya, maaf zahir batin.

Tahun ni raya pt yusof.

teknik menjawab pmr







ni je gambar yang sempat diambil masa teknik menjawab sains pmr, patutnya kan teknik ni dibuat masa awal-awal tahun dulu bukannye masa nak dekat periksa, tapi takpe start next year aku nak ubah.aku berazam nak naik kan martabat sains pmr. cayoook!



Sunday, August 23, 2009

posa jangan tak posa

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL MUBARAK.....
SEMOGA PUASA KITA ALLAH TERIMA
...AMIN...

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan "
"Ya Allah tolong abaikan puasa umat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada)
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-aminkan adalah
Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.

Saya terlebih dahulu ingin memohon ampun dan maaf jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja mahupun yang di sengajakan....
Semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T,.......
Insyaallah.

SELAMAT MENJALANKAN IBADAH PUASA ..1430h

Thursday, August 20, 2009

makan puas-puas, esok dah posa





Aksi kebuluran cikgu maahad, masa ni potluck kat bilik guru, suma makan aje sampai tak ingat kelas, maklumlah hari last sekolah esok dah start cuti seminggu.

Buat semua Selamat menyambut Ramadan al-Mubarak.
Ahlan wasahlan ya ramadhan..

Semoga anak muridku berjaya...amin

Ni cikgu Azlee, kak hasnah ngan Ustzh Salmah. bersama-sama pelajar mengemas. Gambo cikgu asmah takde sbb dia sibuk ambil gambo org hehehe, seronok gak amik gambo candid ni







Bersama-sama pelajar mengemas dewan untuk trial PMR, yang overacting tu cikgu Juhana. hehehe




Solat hajat kat surau. Semoaga pelajar SMKA Maahad muar berjaya dalam peperiksaan SPM dan PMR. Amin